Monday, May 9, 2011

1st bike tour - last part

Batang kali - Kolam air panas kerling - 25km



Pekan kerling ni pekan yang kecil sahaja, dan kolam air panas kerling ni tak ler besar dan famous mana pun cuma tempat tu ramai orang cina rajin datang mungkin sebab dekat dengan penempatan cina kot. yang tak best kolam ni, cina datang mandi siap bawak shampoo dan sabun lagi...alamak geli nak mandi dan yang tak boleh tahan datang situ naik moto pakai underwear jee.hahahah

elok sampai kat sana lepak-lepak jer, perut lapa lak jadi kami keluar balik singgah makan nasi campur tengok makcik tu ada lak jual lemang, boleh ler buat makan malam, jadi kami beli ler sebatang dalam RM4 jee, lepas tu patah balik kat sana, atas bukit tepi kolam air panas tu ada kolam pancing jadi kami lepak kat situ kejap, tengok langit dah gelap nak hujan lekas-lekas kami balik kat tempat letak barang, kejap lagi hutan lebat gile turun, nasib baik ada pondok kat situ.

agak nak malam hujan berhenti, pikir mana nak pasang khemah atas rumput air bergenang, tak boleh jadi last-last pasang khemah dalam pondok jerr. lepas pasang khemah pi mandi sungai punya la best sampai nuar amik lapik pangkin buat tempat meluncur, lepas mandi duduk mencangkung kat tepi gigi air tu tiba-tiba datang satu cina tu terus berjalan masuk dalam air

basikal nuar rosak pulak........(ni jalan nak masuk ke sana)
lepas tu nampak dia melilau-lilau cari benda dalam air, kita orang pandang jer...lepas lama sikit kami tanya cina tu "tokey apa cari" dia pandang kita orang dan cakap "wa cari itu kayu pangkin dalam air la sudah tatak" "apa pasal cari itu kayu, lu mau bikin apa" nuar tanya "tarak la itu kayu biasa buat tempat wa cangkung berak,
sikalang kayu sudah tarak amcam mau berak"
saya tengok muka nuar dah naik biru...heheh "ohh gua rasa itu kayu sudah hanyut la tadi hujan banyak lebat" nuar kata, saya dah tak boleh tahan...nak pecah perut tahan gelak...yang best kayu tu nuar siap buat tempat menerap lagi...hahahahah.

Nuar makan tengahari, nampak tak kat belakang tu...lemang

Malam tu ada 3 orang budak taman situ datang lepak dengan kita orang baru tingkatan satu yang bestnya 3 ekor ni kawan baik Melayu,cina dan India...betul2 satu malaysia, sampai pukul 12lah lepak dgn kita orang sampai kena halau balik.

Malam tu tidur dengan amannya, tak panas pasal siang dah hujan, badan penat dan perut kenyang lenanya sampai ke subuh. lepas solat kemas-kemas barang dalam pukul 10.30 pagi, terus perjalanan balik, bab nak balik ni memang cepat sampai.



Interesting 1st tour ini:
1. 0 knowledge about tour, masa habis buat ni tak rasa best sangat pun.
2. Carrier siap buat sendiri abis baju bocor2 pasal welding co2.
3. Beg saya macam malbari jual carpet jer...memang poyo betul.
4. Nuar lagi best siap selit selipar jepun lagi, dah macam bangla.
5. walaupun dalam 25km jer tapi rasa teruk betul...first time.
6. kena kutuk pasal khemah dalam pondok...korang apa tau...hujan tau tak.

Walau apa yang di lakukan solat jangan di tinggalkan....

tapi yang penting puas dan memang berbezalah dgn aktiviti MTB ni....

nantikan 2nd trip kali lebih trill dan unexpected....the journey change our view about bike tour....





nak tau nuar buat apa tu?.....tengah korek cari cacing...buat makan malam....