Wednesday, June 6, 2012

3rd trip - Genting - Temerloh pahang - 105km

 2008 tahun baru bertambah usia lagi...berkurangan tenaga....

Setelah beberapa lama stop dari aktiviti touring ni dekat hampir setahun jugak ler kerana beberapa sebab iaitu :
 1. Sibuk dengan anak tambahan pula dengan baby baru.
 2. Masa ni rancak dengan aktiviti mount climbing & memancing.
 3. Kerja banyak dan tak ada masa nak cycling.
 4. touring ni perlu perancangan yang lama dan detail.

setelah berjaya dengan 2nd trip ke Port Dickson tempoh hari dan di kira itulah perjalanan yang paling jauh pernah di buat dengan basikal dan paling lama. Bulan Januari 2008 mula merancang mana nak pergi dengan basikal kali ini dan setelah duduk bersembang dengan nuar kami ambil keputusan untuk satu perjalanan yang singkat dan tidak mengambil masa yang lama. dan kali ini saya mencadangkan kami pergi ke Temerloh Pahang dan matlamat utama kami nak pekena gulai tempoyak ikan patin yang jika di sebut aje Temerloh orang sudah tahu itulah Trademark dia.

perjalanan ini amik masa 3hari 2 malam sahaja dan hanya sejauh 105km sahaja di mana kami bermula dari puncak genting highland dan menuju ke Temerloh. tapi apa yang malang sekali trip ni adalah kamera yang di bawa (masa ni bawa SLR) dah ler berat tidak berfungsi dengan baik semua gambar yang di ambil dan di simpan dalam memory cardnya tidak boleh di buka, Failnya dah corrupted aduh....kecewanya sebab banyak gambar yang di ambil last-last tak boleh di buka pulak dan ianya di sedari tak boleh buka bila balik ke rumah...

tapi walaupun tak ada gambar dan bukti tapi pengalaman dan pengembaraan ini tetap menjadi kenangan terindah bagi tourer seperti kami ini, ikuti cerita perjalanan kami memburu gulai tempoyak ikan patin ini.....

 
day 1 3hb feb 2008 sabtu

seawal 6 pagi lagi dah bangun, lepas solat subuh start packing barang dan bawa masuk dalam kereta. sebenarnya barang-barang dan di packkan seminggu sebelum pergi lagi dah sampai orang umah siap kata 'hai tak sabar-sabar nak pi berjalan ni'.
sebenarnya bukan tak sabar tapi memang perangai saya suka siapkan awal-awal dan tak mahu last minit packing pasal jika last minit ni banyak barang yang mungkin tertinggal, jadi yang terbaik adalah siapkan awal-awal dan jika ada yang teringat terus ambil dan letakkan di situ. dalam jam 7 terus bawa kereta menuju ke genting dengan anak dan isteri. sampai di depan balai polis Goh Tong jaya tu tengok nuar tak sampai lagi, memang dah tahu nuar macam tu, saya terus pasang barang-barang dan tak lama kemudian nuarpun sampai dan dengan tergesa-gesa juga dia setupkan barang dia. lepas semua ok dan peluk cium anak dan Isteri kami teruskan perjalanan.

kalau orang ingat jika bermula dari puncak genting ni senang sebab tak ada bukit tetapi dia orang silap besar kerana jalan awal dari genting itu ada beberapa bukit yang boleh menyenakkan perut juga, tak lalu nak kayuh cuma boleh tolak aje dan itupun mengah juga nak tolak di sebabkan bukit yang tinggi dan tak putus-putus itu dan setelah habis bukit tu barulah merasa lega dan seronok sebab lepas ni turun bukit, tetapi rupanya turun bukit genting ini lebih mencabar kerana perlu lebih berhati-hati dan tak boleh turun laju kerana jalannya yang berliku, jika silap langkah mau terjun ke gaung di buatnya, tangan sampai rasa cram sebab kena tarik brek kuat-kuat.

tapi bila dah masuk Highway karak tu, adalah saat yang paling best dari puncak genting sempah tu kami turun bukit tanpa tarik brek dan siap kayuh lagi, punyalah laju turun bukit di jalan yang lurus itu sampai dengan basikal kami itu kami mampu memotong lori...hahaha bila tengok meter kelajuan itu saya terkejut kerana speed kami masa itu adalah 75km sejam....huiii gila kalaulah katakan jatuh masa tu...mau patah riyuk kami ni...

sepanjang perjalanan di Highway ni kami kena lebih berhati-hati kerana kenderaan banyak tapi nasib baik jalan tepinya lebar juga dan dalam panas yang terik itu kami terus berkayuh.

Lebih kurang dalam jam 12.30 tengah hari kami sampai di hentian rehat di Highway karak itu dan kamipun berehat sambil makan tengahari di restoran di hentian stesen minyak tu yang memang terkenal dengan harganya yang gila-gila mahalnya, nuar terkejut dan hampir pengsanlah bila makanan yang di ambilnya itu harga hampir RM10, 'Hai takkan nasi dengan ikan + sayur dekat RM10?' kata nuar sambil mengelengkan kepalanya.. saya hanya tersenyum aje pasal tahu tempat tu mahal.

selepas berehat hampir sejam di situ kami meneruskan perjalanan, jika berbasikal di Highway ini yang bestnya jalan lebar dan selamat tapi yang tak bestnya jalannya yang lapang tak ada pokok , panas dan yang lagi satu ialah boring kerana tak ada kampung dan benda yang menarik nak di lihat hanya pokok-pokok aje... Sampai di hentian Lentang kami berehat sekejap sambil merendamkan kaki dalam air terjun yang sejuk itu, di sebabkan best sampai nak tertidur di buatnya.

Kami tak boleh berehat lama di situ sebab perjalanan masih jauh lagi, dan kami terus bergerak dalam cuaca yang panas dan membakar itu, jalan raya pula mula berbukit-bukit. stamina mula berkurangan. dan kerana tak tahan akibat cuaca yang terlalu panas kami berehat di sebuah bus stand yang menuju ke pekan Karak, panas betul sampai kami rasa kulit terbakar dan sambil baring-baring di busstand itu kami sempat tertidur dan bila jaga aja tengok dekat 3.30 ptg hampir sejam lebih kami tertidur. kamipun mengambil keputusan untuk berkayuh menuju ke pekan karak.

Sampai aje di pekan itu kami menuju ke masjid karak dan berehat di sana dan bersolat, lepas solat dan berehat kamipun pergi ke kedai di seberang tu dan pekena mee goreng mamak sambil menghirup teh '0' ais yang best gile.

lepas berehat kami pun meneruskan perjalanan dan hari hampir jam 6.00ptg, di masa itu saya merasa kaki sudah mula rasa sakit dan mahu cram, tapi saya terus bertahan dan berkayuh dengan perlahan, tapi kali ini kaki sebelah pula rasa sakit sangat...saya tahu saya dah tak mampu nak kayuh dah ni, cram di tahap yang teruk, pada masa yang sama saya lihat ada 2,3 orang budak duduk di tepi jalan melihat kami dan saya mengambil keputusan untuk bertanya mereka di kawasan sekitar ini ada masjid tak ( kami nak bermalam di sana) budak tu dengan ikhlas hati kata tak ada masjid tapi ada surau di tempat itu, Nuarpun bersetuju untuk kami bermalam di surau tersebut.

Dengan bantuan budak-budak itu, kami telah di bawa ke surau yang terletak di kawasan perumahan itu. sebaik sampai di sana, saya terus baring kerana kepenatan dan kesakitan.

No comments:

Post a Comment