2nd Tour Bukit Sentosa - Port Dickson 10 - 13/1/2007
Setelah berjayanya percubaan bike tour yang pertama ke kolam air panas Kerling maka semangat untuk melakukan touring ini semakin berkobar-kobar dari situ segala sumber tentang touring mula di cari sama ada melalui Internet dan buku-buku. sebaik sahaja trip yang pertama itu berjaya saya mula merancang untuk melakukan trip yang kedua dan kali ini kami merancang untuk pergi jauh sedikit dan merasai touring yang sebenarnya tetapi dari perjalanan yang pertama itu kami mengenalpasti beberapa masalah dan keperluan yang perlu di lakukan untuk memastikan tour ini lebih mudah dan berkesan.
Pertamanya....
Kami memerlukan beg pannier yang lebih sesuai dan racking yang lebih ringan oleh itu saya mula designkan beg pannier dan beg untuk simpan basikal dan setelah itu kami memujuk sebuah kedai yang menjahit kanvas lori untuk membuatkan beg kami itu.
Keduanya ...
Saya mereka bentuk semula racking basikal supaya ianya lebih ringan dan mudah untuk di buka dan pasang.
Ketiganya...
kami mula merancang Route mana yang akan di gunakan dalam trip ini. kami telah membeli sebuah peta malaysia yang besar dan mula melukis laluan yang kami akan lalui.
Setelah semua peralatan dan keperluan dah siap maka pada 10hb Januari 2007 kami memulakan trip kami yang kedua.
Day 1 -10/1/2007 98km Bukit Sentosa - Kancung Darat Banting.
Pagi-pagi lagi kami dah sampai di deretan kedai lama di depan jalan masuk ke Perodua, setelah sampai dan memasang komponen basikal dan melakukan senaman ringan. kamipun mengucapkan selamat tinggal pada anak dan isteri dan memulakan perjalanan kami. Jalan permulaan tidak begitu tinggi bukitnya hanya ada sedikit sahaja dan di simpang Sg Choh kami bertemu dengan ramai Pekerja Perodua yang baru balik kerja dan sempat bersembang lagi.
Nuar sedang setting basikal dgn dani dok tengok Setelah siap semuanya..kelakar tengok beg buatan sendiri...heheh
Dekat dengan Bandar rawang...bukit juga sini Jalan nak masuk ke Highway.....nasib tak panas..
Setelah itu kami menuju ke arah Bandar Rawang dan berkayuh menuju ke arah Highway Plus, di sini ada bukit yang agak tinggi juga dan agak jauh sampai macam nak putus nafas di buatnya. elok sahaja kami masuk highway plus perjalanan menjadi agak Mendaki... ni nak masuk ke highway guthrie... Basikal pun kena bayar tol juga??? hehehe Jumpa Otai yang tengah training...minat dgn aktiviti kami..
lancar kerana jalannya lebar dan agak rata, selepas itu kami masuk ke Highway Guthrie di mana jalan ni baru sahaja di buka dan shortcut ke Shah Alam perjalanan kat sini memang lancar kerana kereta kurang dan di hentian rehat bukit lagong kami bertemu dengan 3 orang otai Road bike yang sedang latihan, sempat jugak duduk bersembang dengan mereka.
Kelaparan...ni di Shah Alam, pekena nasi kandar..
Setelah keluar dari highway itu kami lalui jalan tepi Stadium Shah Alam dan kali ni ada bukit tinggi juga tapi macam biasa pelan-pelan kayuh dan selepas itu kami melalui Seksyen 16 menuju ke Taman Sri Muda, tapi di sebabkan lapar kami berhenti makan pekena nasi kandar dulu. Selepas perut di isi kami teruskan perjalanan dan lepas dari Taman Sri Muda itu kami ikut jalan bukit kemuning dan berhenti untuk solat Zohor di sebuah masjid di situ.
Ni jalan ke Kelang...lori banyak kat sini. Hahaha..dah masuk sempadan kuala langat,, Garangnya datuk panglima garang ni....tapi kelakar pun ada...
Lepas Solat perjalanan di teruskan dan kali ini kayuhan agak slow juga kerana cuaca yang panas dan kulit rasa cam terbakar la pulak. perjalan melalui jalan Kebun ni agak mencabar jugak pasal panas dan tiada tempat nak berteduh dan buat lagi tough jalannya mendaki aje....sabor jer la. selepas itu kami menyusur keluar ke jalan telok panglima garang dan sempat lagi singgah beli goreng pisang dan cempedak, sambil kayuh sambil makan...huuu best. Perjalanan di teruskan dan entah berapa kali berhenti rasanya tiap 2,3 km mesti berhenti sebab panas dan bontot sakit. dan selepas melepasi jenjarom akhirnya sampai di banting dengan tenaga yang makin susut.
Tak jauh dah lagi 24km jer....tapi bontot sakit...la
Tengok Nuar kayuh basikalpun rasa kelakar pasal kayuhannya hanya 7 hingga 9km/hr, biasanya speed antara 20 ke 23km/hr dan nampak dah melelong-lelong, memang dah penat gila dan tengok jam dah dekat 7.30 tapi tak sampai lagi, teruskan kayuhan dan last di depan tu tengok ada jambatan yang agak tinggi, mengucap panjang tengok jambatan tu dan dengan segala kudrat yang ada kamipun mengayuh mendaki jambatan yang tinggi tu.
Simpang ke Banting....dah tak jauh dah ni..
dekat jam 8.00 mlm baru sampai di rumah orang tua nuar, sampai di rumahnya tu orang tua dia terkejut tengok kami, lepas mandi dan makan malam terus tidur..... 98km yang menyeksakan..
akhirnya.....sampai juga ke kanchong darat....walau dah malam.
end of part 1....
No comments:
Post a Comment