Monday, May 7, 2012

2nd tour Bukit sentosa - Port Dickson

2nd part - Banting - Bagan Lalang
baru bermula dari rumah nuar


Pagi ini kami bermula dari rumah Nuar lepas berhempas pulas dalam jalan yang jauh semalam hari ini lepas rehat badan kembali segar, lepas mandi dan sarapan kami terus berkayuh dan destinasi selepas ini ialah Pantai Morib.

Jarak pantai Morib dari rumah nuar tak ler jauh sangat lepas kayuh beberapa KM kami sampai di Morib, Kami dapati tempat itu tak ramai orang dan tenang sahaja mungkin agaknya kerana masih pagi lagi. Kamipun mengambil kesempatan lepak di sebuah pondok rehat dan bersembang dan
Ni ler.. apek tua yang minat dengan basikal kami, dia ni dulu wakil Malaya ni
Lihatler beg buatan sendiri, kelakar... panas gila jalan ni..

  Tengah syok lepak kat situ tiba-tiba datang seorang apek tua yang berseluar pendek datang menghampiri kami dan bertanya kami datang dari mana dan setelah kami beritahu kami datang dari mana dia pun dengan bersemangat bercerita tentang pengalamannya berbasikal dahulu dan dia juga menunjukkan kami basikal yang baru di belinya...walaupun di kira basikal antik tapi memang cantik buatannya dan memang mantap ler.
di tanjung Sepat... famous gak dengan Seafood dia..



Lepas bersembang dan mengambil gambar kami segera bergerak kerana takut lambat dan laluan kali ini memang berbeza dengan semalam kerana dari awal lagi cahaya matahari yang terik terus membakar kulit kami, dan yang menambah tekanan lagi jalan di sini lurus dan tiada pokok di tepi jalan untuk berteduh, Jalan yang panas terik itu membuatkan kami cepat letih dan lemah . Tak tahu sudah berapa banyak air yang telah kami minum dan berapa puluh kali kami berhenti kerana kepenatan dan kehausan.
tak jauh dah bagan lalang ni...
Jalan Morib ini apa yang kami dapati banyak estet dan kebuh getah yang telah di tukar dengan kebun kelapa sawit dan yang tak tahan di sepanjang jalan ni bau yang busuk terutamanya datang dari sungai-sungai di sekitar situ dan apa yang kami dapati sungai-sungai di sepanjang jalan itu bukannya keruh tetapi hitam dan bau busuk itu datangnya dari sungai ini. Nuar beritahu bahawa bau busuk itu adalah kerana tahi-tahi babi yang di lepaskan dari kandang-kandang babi yang banyak di situ. Bukan rasa nak muntah saja lagi macam nak pengsan di buatnya.
Jumpa budak-budak kg kat situ....menyembang dengan dia orang
Walau di kawasan tu ada banyak kg melayu tetapi kandang babipun banyak...tah macam mana ler orang-orang sini yang tiap hari dok sedut bau tu....

Perjalanan ke Bagan lalang ni walaupun tak jauh sangat dalam 48km tapi cukup menguji kerana cuaca yang panas dan tak ada tempat untuk berlindung tapi yang best kalau lalu depan estet dan ada anak-anak india dia orang mesti melambai ke arah kami sambil menjerit "Malaysia Boleh" hehehe.
Dah dekat dengan Bagan, tapi rupanya jauh dari 3km rupanya
sampai aje ke simpang yang tulis bagan lalang hatipun rasa seronok dan sebaik sahaja masuk simpang tu kami terus mengayuh dan dalam 3, 4km tiada papan tanda yang tunjukkan ke arah bagan lalang tu, hati dah rasa cuak takut salah jalan dan sampai di satu rumah tu ada tengok sorang makcik tu sedang jemur kain dan kami terus bertanya arahnya dan setelah dia bagitahu yang arah kami ni betul terus kami mengayuh ke depan dan dalam beberapa ratus meter kami mula nampak pantai tersebut.
Main layang-layang...best giler...angin kuat.
Sampai di Bagan Lalang, kami terus berehat sambil melihat ada orang bermain wind glider, sambil-sambil tu kamipun mula memasang layang-layang yang kami bawa bersama dan seronok betul main layang-layang dengan angin yang kuat itu. Lepas penatpun hilang dan hari semakin petang kami perlu cari tempat tidur dan dekat tepi pantai tu ada sebuah surau dan tandas dan setelah kami bersembang dengan kakak penjaga tandas tu dia benarkan kami tidur dalam surau tu dan boleh gunakan tandas itu kerana biasanya tandas dan surau itu di kunci. "terima kasih kak". Tempat tidur dan ada dan selepas mandi perutpun mula keroncong, selepas solat Maghrib kami berkayuh ke tempat makan yang best di bagan lalang tu.
Istana tempat tidur kami....surau jer..
Bagan lalang ni terkenal dengan makanan lautnya dan apa lagi...penuh satu meja dengan makanan ler, malam tu memang kami betul-betul makan dan di bagan lalang tu ada jumpa satu group budak Perodua yang juga ada buat makan-makan, kami bersembang sekejap sahaja. balik ke Surau tu mata dah mula mengantuk selepas solat terus kami baring dan dalam beberapa ketika terus kami hanyut dalam mimpi masing-masing.


kalu makan kena betul-betul makan...
End Part 2.....
makanan yang kami order malam tu...licin tinggal pinggan ajer..

No comments:

Post a Comment