i start the journey to meet others, to learn new thing, to open my mind and to explore my real self... the journey not to achieve some place or destination but to learn about who you are......
Tuesday, April 26, 2011
1st Trip - Batang kali - Kolam air panas Kerling (25km) part 1
Now I am at dungun Terengganu after 3 days cycling non stop. After 3days total distance nearly 300km...tomorrow will continues riding to me rang and finish at Kota bahru.
Wednesday, April 20, 2011
why i do bike touring last part
Gunung kinabalu 2002....penuh cabaran dan mengasyikkan....
Tahun 2003, masa to senario cycling di malaysia tidak sehangat seperti hari ini, walaupun Le tour de Langkawi telah di adakan setiap tahun tapi demam berbasikal tidak begitu mendapat perhatian hanya ada sekelompok kecil sahaja yang melakukan aktiviti berbasikal ini, mungkin kerana masa tu basikal yang ada Brand memang mahal giler dan tempat-tempat untuk aktiviti ini masih belum banyak lagi.
Ini gambar 1st outing (2003) dgn group Perodua, kami bermula dengan 4 orang ni...kira cam perintis la..hehe
saya masa mula-mula beli MTB ni pun hanya layan seorang diri aje dan most banyak pi on road sahaja (tak berani offroad sorang-sorang) tapi setelah beberapa lama ada 2,3 orang geng Perodua yang tahu saya berbasikal dan mereka ajak untuk joint dia org walaupun dia orangpun baru jugak tapi semuanya tetap bersemangat dalam jumlah 4 orang kamipun memulakan aktiviti ini dan ini adalah antara team pelopor MTB di Hulu selangor ni, dan banyak juga tempat yang kami teroka dan cari, setelah beberapa tahun ahlipun semakin bertambah dan ada peristiwa kelakar di mana
tiap kali kalu pergi offroad jika org bawa beg dalam beg mereka pasti ada tools dan spare part basikal pasal takut masa dalam hutan nanti jika basikal rosak atau tayar pancit mereka boleh baiki, tapi biasanya dalam beg saya mesti ada parang dan dapur serta pack maggie....kalu dalam hutan lapar...apa lagi bukak dapur masak maggie atau kalu teroka trek baru, kalu tak jumpa jalan apa lagi parang ler di gunakan untuk buat jalan.....hahahah
Offroad dengan geng...makin bertambah dan banyak tempat dah di terokai.....
antara tahun (2003-2007) masuk offroad, banyak tempat yang dah pergi dan masa tu aktiviti ini dah mula berkembang dengan pesatnya di mana-mana kalu hari cuti ramai org yang berbasikal dan mula banyak aktiviti seperti pertandingan, carnival dan jamboree di anjurkan dan sepanjang berbasikal hanya sekali jer joint pertandingan ni rasanya di Ipoh pada 16 july 2006, dia panggil ipoh fellowship ride, dia buat bermula di Tambun resort world masuk ke hutan kinta rasanya, masa tu ramai jugak team Perodua yang joint, saya pergi dengan teman sejati saya biasa ler Anuar Zainal, petang tu sebaik sampai kami naik kereta pi survey tempat pertandingan tu, pehhhh bila pi tengok memang tahap gaban, naik bukit tak ingat.....dalam hati dah kata...mampus kita, balik ke hotel dan esoknya acara bermula, ramai jugak orang dalam 3,4 ratus gak...sebaik di lepas kami kayuh bersantai jer ikut geng tu, bila dah start masuk hutan, kami bypass ikut shortcut (dah survey dulu) elok keluar shortcut, orang yang depan sekali baru sampai, terbuntang mata dia tengok sigendut dan si panjang ada depan dia, awak senyum jer, kayuh punya kayuh sampai urat kentut putus, perut rasa lapar...apa lagi berhenti masak maggie ler...
lepas makan jalan tengok kat depan bukit tinggi berhenti tepi jalan dia dan duduk menyembang, bila org lalu tengok kita org duduk, dia org pun joint juga...last-last dekan 20 org, apa lagi awakpun prove ajak patah balik, masing-masing bagi pendapat, last-last semua 20 org tu patah balik ler....pukul 10.30 dah sampai ...siap makan nasi bryani lagi tunggu geng Perodua, last2 dia org keluar dekat pukul 3.00......
lepas tu tobat itulah kali pertama dan terakhir pi jenis-jenis karnival ni....
Gunung kinabalu yang mengujakan 2006
2007, lepas lama masuk hutan ni, ada rasa macam satu kehilangan.....ya! kepuasan tak ada, bila dari satu lop ke satu lop dan habis kita offroad masing-masing balik rumah....rasa macam tak cukup puas dalam diri...
dan dari situ mula plan nak buat tour, masa tu pengetahuan tentang tour ni kosong, yang tahu cuma nak naik basikal bawa kain baju dan khemah, pi mana-mana lepas tu tidur semalam...itu aje yang terfikir, dari situ mula la set barang untuk tour ni, racking basikal pun puas sendiri, idea macam rack posmen dan nak cari beg macam tu, Nuar siap plan nak tanya posmen mana dapat beg macam tu.
masa buat 1st trip kita orang pi dari batang kali ke Kolam air panas kerling ( untuk tour detail akan di ceritakan kemudian)
lepas balik, rasa satu kepuasan yang tak terhingga, dalam otak terfikir ini yang aku cari..... dan dari situ bermulalah aktiviti bike touring secara agresif.........the END.

aktiviti ku....hutan, gunung, mancing, trekking,explore.......
Gunung tahan.....kenangan terindah 2002
- Selepas ini...i will story my bike tour journey 2007 -2011.....still continue...
Monday, April 18, 2011
The books i readhttp://www.blogger.com/img/blank.gif
Bike tour ni kalau di Malaysia bukannya satu benda baru, sepanjang 4 tahun dalam kembara saya banyak kali saya berjumpa dan bertemu dengan orang-orang yang share pengalaman mereka tentang tour yang mereka lakukan tetapi ianya tidak sekerap kami dan ada yang lakukan hanya sekali seumur hidup sahaja, antara yang pernah kami jumpa ialah :
1. Seorang pakcik dalam lingkungan 70an cerita dahulu masa tahun 50an dia pernah berbasikal dari Negeri sembilan ke Johor hanya menggunakan basikal tua sahaja.
2.Semasa di kelantan kami berjumpa dengan seorang pakcik yang berkata di zaman mudanya dia kerap berbasikal mengelilingi seluruh negeri kelantan.
3. Di Kedah seorang lelaki pertengahan umur pernah berbasikal dari kedah ke selangor bersama rakannya.
4. Di johor semasa berhenti solat jumaat seorang pakcik itu bercerita dia dan kawan-kawannya pernah berbasikal hingga ke terengganu.
dan banyak lagilah pengalaman kami bertemu dengan orang-orang yang berkongsi benda yang sama, jadi touring ini bukannya satu yang baru tetapi kini kita jarang melakukannya kerana mungkin ada kemudahan kenderaan dan ada yang rasa membuang masa.
di antara buku-buku dan artikal yang saya baca untuk menambahkan pengetahuan dan memberi inspirasi kepada saya ialah :
1. The man who cycle the world - mark beaumont,
seorang lelaki yang first time melakukan tour dan mengelilingi dunia dan mencipta rekod dunia dalam kayuhan terpantas, dalam hanya 194 hari dia berjaya mengelilingi dunia dan merekod perjalanan sejauh 29,446km.
http://www.markbeaumontonline.com/
2. The Essential touring cycle - buku ini menerangkan secara detail tentang apa itu bike tour dan dia mengajar apa yang perlu untuk bike tour ini dan pengetahuan yang di perlukan untuk melakukan aktiviti ini (buku ini sedang di baca, lama betul nak abis walaupun nipis aje.....bukan apa...tak pandai bahasa inggeris jadi kena bukak kamus ler)....sangat bagus untuk beginner.
3. Buku The Road that has no end - Tim Travis
Buku ini menceritakan tentang Tim dan Isterinya Cindie, bagaimana mereka memulakan perancangan tour mereka, di mana mereka menjual segala-gala barang mereka dan melakukan tour sepenuh masa dan telah hampir 9 tahun mereka hidup di jalanan.....menarik bukan, (tapi buku ni tak baca lagi baru dapat lepas beli dari Amazon itu hari).
Tapi jangan lupa anak malaysia juga tak kurang hebatnya tahukah anda ada rakyat malaysia yang pernah berjaya mengelilingi dunia dengan berbasikal dan ada yang juga berbasikal merentas banyak negara antara mereka ialah :
1. Datuk Hassan Nawawi - kini yang di pertua majlis bandaran Kajang yang berbasikal bersama adiknya mengelilingi dunia pada 2001 - dia berbasikal sejauh 26,565km selama hanpir 389hari. dia ada tulis buku tapi puas saya cari di kedai buku tapi tak jumpa.
2. Seorang pelajar kita yang belajar di US, apabila tamat pelajaran telah berbasikal balik ke Malaysia (taiping) seorang diri namanya Tzuo Hann Law dia telah berkayuh sejauh 28571km dan selama 293 hari pada tahun 2007.
http://www.crazyguyonabike.com/doc/longwayhome
3. Lelaki ini yang paling glamer, Mr David Munusamy yang tinggal di Penang, bayangkan dalam umur 5otahun lebih telah melakukan biketour di kebanyakkan negara di Asean dan kini sedang melakukan tour ke Eropah, terkenal di kalangan Tourer yang buat tour di Malaysia kerana rumahnya menjadi tourer hostel dan apa yang mengkagumkan dalam usia emasnya itu dia mula melakukan tour apabila dia di sahkan mengidap sakit jantung dan doktor minta dia banyak bersenam dan dari situ dia bergiat sepenuh masa sebagai tourer...menarik bukan..
http://www.bicycletouringmalaysia.com/
read and learn others experience is important because ini adalah jalan shortcut untuk kita prepare diri kita dan dan motivate diri untuk keep maintain kita punya spirit....
salam...... tour is not a cycling but it's is life journey to learn others....
,

Wednesday, April 13, 2011
why i do bike touring part 1
asalnya....
hampir 10 tahun dulu (1993 -2003), saya melayan dengan aktiviti lasak luar seperti naik gunung, turun gunung, berkayak, jungle trekking, waterfall hunting, memancing, wild orchid hunting dan macam-macam lagi dan bila di akhir-akhir 2003, lutut mula longgar, badan mula berat,stamina mula menurun maka, kena cari satu aktiviti untuk mengembalikan semula stamina yang telah hilang itu dan setelah lama mencari akhirnya saya mendapati berbasikal adalah pilihan yang tepat kerana ianya boleh mengekal dan meningkatkan stamina.
pada masa itu demam berbasikal terutama MTB ni boleh di katakan tak ada langsung, tak ramai masa tu yang melakukan aktiviti ini dan niat masa tu berbasikal hanyalah untuk kekalkan stamina sahaja. pada di hujung-hujung tahun 2003, setelah puas meronda dan mencari basikal ini maka berkenanlah dengan model Kona ni, jadi setelah semua ok, maka 1st mtbpun di belilah di Rodalink bangsar, Model dia Kona Fire Mountain, masa tu mana tahu size dan build upnya just main beli jer.harganya boleh tahan gak dalam RM1600 juga ler.

Masa mula-mula kayuh basikal ni bawak pusing-pusing kat area taman....tak pernah seumur hidup bawak basikal yang ada banyak gear dan dalam waktu petang yang panas lit,lit, baru aje buat 2,3 pusingan dan naik bukit, mula rasa sesak nafas dan apa lagi terus muntah-muntah.....hahahah bumi dah rasa cam berpusing.
banyak pengalaman dan kenangan dengan basikal ni, lepas tu dalam tahun 2004-2007 memang aktif ler berkayuh ni dan aktiviti naik gunung tetap di teruskan sampai ler ari ni cuma dah kurang sangat pasal dah puas naik gunung ni, biasanya berkayuh ni sorang-sorang dan ada masanya dengan geng-geng yang dah mula ramai naik basikal ni.
tempat yang biasa di kunjungi dan terokai seperti :
1. Kuala Kubu
2. estet bukit beruntung
3. jalan dalam bukit sentosa
4. Batang kali
5. Ulu yam
6. Empangan batu dam (best, uphill dan downhill ganas)
7. Trek wajib utk mtb - FRIM kepong
dan banyak lagi ler termasuk juga joint aktiviti karnival atau jamboree mtb ni.
Peralihan....2007
setelah lama main mtb ni redah hutan,tolak bukit, turun bukit redah sungai....saya rasa macam kosong, kenikmatannya hanya di situ dan masa itu sahaja, dan tambah pula jika kita ikut group yang ramai dan semuanya kudrat yang power-power kita ni akan selalu tertinggal di belakang dan ada kes yang tertentu kita ni di biarkan berkayuh sorang-sorang tanpa ada yang tunggu dan setelah habis sampai,kita pack barang-barang dan terus balik, minggu depan kayuh lagi. dia punya kick dan soul rasa macam tak ada dan tak bagi kepuasan.
masa tu dah dalam kepala otak dok berfikir macam mana nak bagi kepuasan seperti rasa naik gunung dulu, feel dia yang tak tergambar dan ianya tetap menjadi kenangan dan ingatan tentang aktiviti kita pada masa yang akan datang, pada suatu hari tu masa nak pergi ke rawang (naik moto) dekat satu bukit tu terlihat sebuah beca yang sarat dengan barang-barang dan ada 2 orang dewasa (lelaki & perempuan) 2 orang kanak-kanak dalam beca itu da apa yang menarik minat dan mengejutkan saya semua orang itu adalah orang putih dan bila mereka berhenti rehat sayapun berhenti dekat mereka (mereka tahan kerana bertanya laluan) mereka nak ke Ipoh dan saya juga bertanya mereka dari mana dan mereka jawap mereka dari England dan dalam perjalanan untuk mengelilingi dunia dengan BECA, terperanjat gila saya mendengar cerita dia, dan dalam hati saya, saya mereka kan, adventure seperti ini yang saya cari.................

Tuesday, April 12, 2011
the real of touring bike
bila kita memperkatakan tentang bike touring ini, tidak boleh tidak ianya pasti melibatkan apa kah basikal yang kita gunakan untuk tour kita itu. Untuk mereka yang betul -betul mendedikasikan dirinya (heheh betul ker) dalam aktiviti ini memilih dan mendapatkan Touring Bike adalah satu proses yang sangat penting dan mengujakan.
jika kita rajin melayari internet dan taip perkataan touring bicycle kita akan dapat berpuluh-puluh web yang berkaitan dengan basikal touring ini. di antaranya ialah :
http://www.surlybikes.com
http://bgcycles.com/
htpp://trekbikes.com/us/en/bikes/road/520/520/
http://www.koga.com/uk/
Di antara model-model bike touring yang terkenal dan popular di kalangan tourer ialah seperti :
1. Koga Miyata - banyak rekod penjelajahan yang telah di ciptakan dengan menggunakan bike ini
di antara yang paling terkenal - ianya di gunakan oleh Mark Beaumont untuk
mengelilingi dunia (hebatkan).
2. Trek 520 - famous tour bike yang banyak di gunakan di eropah dan USA.
3. Kona Sutra - 1st tour bike develop by kona team.
4. Surly Long Haul Trucker - My Bike(hehehe) among the best bike for tour, highly recommended by many tourer.
5. Cannonade T2000 & T800 - maker by US Company, banyak di gunakan oleh tourer US.
Kenapa Tour bike menjadi pilihan?
Ada banyak sebab antaranya:
1. Memang di cipta untuk touring activities.
2. Long Chainstay - mudah untuk pasang mudguard dan pasang pannier bag.
3. sangat selesa untuk jalan jauh.
4. Flexible dan boleh load banyak barang.
5. Lot of screw mount jadi nak pasang pannier depan belakang, extra standpun senang.
tahukah anda biasanya frame basikal di perbuat dari Aluminium kerana ianya ringan dan tahan lasak tetapi untuk Touring bike in yang terbaik adalah dari Frame jenis steel kerana jika berlaku masalah seperti patah atau retak pada joint frame itu ianya mudah untuk di perbaiki di mana-mana sahaja bengkel yang ada alat kimpalan (Welding) berbanding dengan alumin yang memerlukan alat kimpalan yang khas untuknya dan amat mahal harganya bayangkan jika kita tour ke Laos, thai malahan Malaysia juga jika frame kita patah kita tak boleh repair dan dan besar kemungkinan basikal itu kena buang sahaja kerana sukar untuk di baiki tetapi jika Framenya steel di mana sahaja bengkel yang ada alat kimpalan besi seperti bengkel buat pagar ker, bengkel kereta ke ianya mudah untuk di baiki.
ada perbezaan ker dengan road bike?
ada malahan banyak kalu kita tengok tayarnya sahaja cukup jelas jika road bike guna tayar yang nipis dan kecil dan biasanya bersaiz 700cm manakala touring bike gunakan tayar seperti MTB 26" jadi kalau kita bawak load lebih pun dia boleh tahan. tapi kelemahannya touring bike tak boleh pergi laju macam road bike la...
Pendek kata jika anda mahu menjadi seorang Tourer yang sejati atau mahu mencuba bidang ini adalah penting untuk memilih basikal tour yang betul, ada banyak perbezaan di antara basikal MTB yang di buat Tour dengan basikal touring yang sejati.....( saya akan share di masa akan datang aktiviti-aktiviti tour yang telah saya buat pada masa yang lalu.....just follow my blog....and most important please comment geng....ok)
oklah cukup kat sini aje saya share about type of bicycle for touringg..... next i will tell you about touring book yang saya baca untuk tambah pengetahuan dan meningkatkan semangat dalam diri untuk terus bertouring.....heheh
bak kata seorang tourer::
Lebih baik kita menyesal atas apa yang telah kita lakukan dari hanya mampu bermimpi sahaja.....
Saturday, April 9, 2011
Mountain bike as tour bike?
Possible ker?, bolehkah,sesuai ker?....... jawapannya memang boleh dan tiada sebarang halanganpun, aku pun hampir 4 tahun menggunakan MTB ni untuk aktiviti tour ni, banyak tempat yang aku jelajah dan pergi dengan satu-satunya basikal yang aku miliki hampir 8 tahun usianya. tapi apa yang penting untuk buat tour ni banyak modifikasi yang perlu di lakukan.
MTB ini kalu ikut sejarahnya di develop oleh Gary Fisher seorang otai designer Basikal dan dari tahun ke tahun makin canggih teknologi yang di perkenalkan dan yang paling terkenal ialah dengan front and rear suspension.
Menggunakan MTB ini sebagai tour bike ada kelebihannyaseperti :
1. Bodynya tahan lasak - sebab memang di bina untuk aktiviti lasak jadi jika ianya di upload
dengan barang yang berat bodynya tidak akan patah atau rosak.
2. Tough - Di sebabkan binaannya yang menggunakan material yang tebal jadi tiada masalahdengan barang yang berat bodynya tidak akan patah atau rosak.
untuk di gunakan di jalan yang rosak teruk atau berlubang.
3. Stabil - Biasanya MTB ini apabila di upload dengan barang yang banyak ianya menjadi lebih
stabil dan tidak mudah membuang terutama semasa menuruni bukit. (Masa turun dari jalan
di Genting Highland memang laju turun speed meter tunjukkan 70km sejam, tapi aku rasa
ianya amat stabil, kalu ler tergolek masa tu....memang naya)
Tapi setiap basikal itu ada juga kelemahannya, begitu juga dengan MTB ini untuk di gunakan sebagai tour bike di antara kelemahan jika menggunakan MTB sebagai tourbike yang aku dapat kesan ialah :
1. Berat - kalau di bandingkan dengan Road bike, memang berat gila tambahan pula jika di upload dengan barang-barang jadi memang berat betul tambahan jika naik bukit, jenuh nak meneran.
2. Design - di sebabkan iannya di gunakan untuk aktiviti lasak jadi, anatomi basikal ini memang untuk jalan lasak, bila di gunakan untuk jalan raya dan dalam jarak yang jauh memang mula-mula sakit belakang, ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri.
3. Front suspension itu ok - tapi kalau untuk di jalan raya memang tak berfungsi langsung tambahan pula memang berat, still fork is the best ler.
4. Kena banyak Modifikasi - kalau nak transform MTB ke tour bike, memang banyak benda yang nak kena ubah,tukar dan tambah, jika tak cukup creative memang susah.
tapi yang paling penting MTB ni jika di gunakan untuk Tour memang perlukan stamina yang tinggi kerana beratnya dan anatominya yang di cipta macam tu boleh menyebabkan belikat anda begitu sakit....................tapi aku sayang MTB aku kerana banyak yang telah kami tempuhi bersama, kini aku ada tourbike yang sebenarnya...hehehe
my and my MTB during tour to Taiping
Friday, April 8, 2011
jenis-jenis basikal
dalam aktiviti berbasikal ini terdapat berbagai jenis, bentuk dan model basikal dan setiap masa akan ada penambahbaikkan yang di lakukan untuk memastikan tunggangan yang selesa, pantas dan memberi impak pada penggunanya.
Secara amnya terdapat 3 jenis kategori basikal yang di gunakan dalam aktiviti berbasikal ini terutama jika ianya melibatkan aktiviti bike touring ini iaitu:
1. Road bike
2.Mountain bike
3. Touring bike
tapi kalau mengikut asasnya untuk tour ini tidak memerlukan basikal yang spesifik seperti di atas, apa sahaja jenis basikal dan bentuk boleh di gunakan untuk aktiviti ini waima Beca pun boleh di gunakan (saya pernah terserempak dengan satu family dari eropah yang menggunakan Beca untuk menjelajah dunia...menarikkan!)
ini jenis road bike
1. Road bike -
road bike ini memang khas di gunakan di jalan rasa kerana kepantasannya dan ada juga mereka menggunakan basikal jenis ini untuk melakukan touring, tapi ada jenis-jenis tour yang di lakukan (jika ada masa saya akan terangkan jenis-jenis tour ini)
tapi menggunakan road bike ini sebagai alatan untuk tour ada kelemahannya kerana biasanya basikal ini menggunakan tayar jenis 700cm yang besar dan nipis, jadi kalau letak banyak load pastinya akan mudah pecah dan spokenya akan mudah patah. dan lagi satu road bike ini banyak yang di perbuat dari carbon dan aluminium, jadi tak sesuai untuk di gunakan utk aktiviti tour...tapi masih boleh di gunakan....jika mahu......

Subscribe to:
Posts (Atom)