Tuesday, April 12, 2011

the real of touring bike


bila kita memperkatakan tentang bike touring ini, tidak boleh tidak ianya pasti melibatkan apa kah basikal yang kita gunakan untuk tour kita itu. Untuk mereka yang betul -betul mendedikasikan dirinya (heheh betul ker) dalam aktiviti ini memilih dan mendapatkan Touring Bike adalah satu proses yang sangat penting dan mengujakan.

jika kita rajin melayari internet dan taip perkataan touring bicycle kita akan dapat berpuluh-puluh web yang berkaitan dengan basikal touring ini. di antaranya ialah :
http://www.surlybikes.com
http://bgcycles.com/
htpp://trekbikes.com/us/en/bikes/road/520/520/
http://www.koga.com/uk/

Di antara model-model bike touring yang terkenal dan popular di kalangan tourer ialah seperti :

1. Koga Miyata - banyak rekod penjelajahan yang telah di ciptakan dengan menggunakan bike ini
di antara yang paling terkenal - ianya di gunakan oleh Mark Beaumont untuk
mengelilingi dunia (hebatkan).
2. Trek 520 - famous tour bike yang banyak di gunakan di eropah dan USA.
3. Kona Sutra - 1st tour bike develop by kona team.
4. Surly Long Haul Trucker - My Bike(hehehe) among the best bike for tour, highly recommended by many tourer.
5. Cannonade T2000 & T800 - maker by US Company, banyak di gunakan oleh tourer US.

Kenapa Tour bike menjadi pilihan?

Ada banyak sebab antaranya:

1. Memang di cipta untuk touring activities.
2. Long Chainstay - mudah untuk pasang mudguard dan pasang pannier bag.
3. sangat selesa untuk jalan jauh.
4. Flexible dan boleh load banyak barang.
5. Lot of screw mount jadi nak pasang pannier depan belakang, extra standpun senang.

tahukah anda biasanya frame basikal di perbuat dari Aluminium kerana ianya ringan dan tahan lasak tetapi untuk Touring bike in yang terbaik adalah dari Frame jenis steel kerana jika berlaku masalah seperti patah atau retak pada joint frame itu ianya mudah untuk di perbaiki di mana-mana sahaja bengkel yang ada alat kimpalan (Welding) berbanding dengan alumin yang memerlukan alat kimpalan yang khas untuknya dan amat mahal harganya bayangkan jika kita tour ke Laos, thai malahan Malaysia juga jika frame kita patah kita tak boleh repair dan dan besar kemungkinan basikal itu kena buang sahaja kerana sukar untuk di baiki tetapi jika Framenya steel di mana sahaja bengkel yang ada alat kimpalan besi seperti bengkel buat pagar ker, bengkel kereta ke ianya mudah untuk di baiki.

ada perbezaan ker dengan road bike?
ada malahan banyak kalu kita tengok tayarnya sahaja cukup jelas jika road bike guna tayar yang nipis dan kecil dan biasanya bersaiz 700cm manakala touring bike gunakan tayar seperti MTB 26" jadi kalau kita bawak load lebih pun dia boleh tahan. tapi kelemahannya touring bike tak boleh pergi laju macam road bike la...



Pendek kata jika anda mahu menjadi seorang Tourer yang sejati atau mahu mencuba bidang ini adalah penting untuk memilih basikal tour yang betul, ada banyak perbezaan di antara basikal MTB yang di buat Tour dengan basikal touring yang sejati.....( saya akan share di masa akan datang aktiviti-aktiviti tour yang telah saya buat pada masa yang lalu.....just follow my blog....and most important please comment geng....ok)

oklah cukup kat sini aje saya share about type of bicycle for touringg..... next i will tell you about touring book yang saya baca untuk tambah pengetahuan dan meningkatkan semangat dalam diri untuk terus bertouring.....heheh

bak kata seorang tourer::
Lebih baik kita menyesal atas apa yang telah kita lakukan dari hanya mampu bermimpi sahaja.....
this is my loveyly touring bike : Surly Long Haul Trucker

13 comments:

  1. Basikal je rega lebih dari gaji dia sebulan agaknya..:P
    Tapi macam teruja tgk Abang Amran touring dengan Abang Nuar..terasa macam nak join..tapi tak mampu..

    ReplyDelete
  2. memang mehe...nak tahu untuk beli basikal ni simpan duit hampir 2 tahun lebih....sikit-sikit bila belipun wife tak kata apa pasal dia tahu dah lama menyimpan.....

    ReplyDelete
  3. baru nak melibatkan diri... info yang sangat berguna... tqvm bro....

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian ilmu dan pengalaman.

    ReplyDelete
  5. Baru nak ber'touring' tapi guna beach cruiser. Pecah kaki,hahahaha

    ReplyDelete
  6. Baru nak berjinak2..terima kasih atas tunjuk ajar

    ReplyDelete
  7. Dekat mana nak beli basikal touring yg berkualiti ni tuan.

    ReplyDelete
  8. Dekat mana nak beli basikal touring yg berkualiti ni tuan.

    ReplyDelete
  9. Dekat mana nak beli basikal touring yg berkualiti ni tuan.

    ReplyDelete
  10. Dark rock pun ok juga.....

    ReplyDelete