Gunung kinabalu 2002....penuh cabaran dan mengasyikkan....
Tahun 2003, masa to senario cycling di malaysia tidak sehangat seperti hari ini, walaupun Le tour de Langkawi telah di adakan setiap tahun tapi demam berbasikal tidak begitu mendapat perhatian hanya ada sekelompok kecil sahaja yang melakukan aktiviti berbasikal ini, mungkin kerana masa tu basikal yang ada Brand memang mahal giler dan tempat-tempat untuk aktiviti ini masih belum banyak lagi.
Ini gambar 1st outing (2003) dgn group Perodua, kami bermula dengan 4 orang ni...kira cam perintis la..hehe
saya masa mula-mula beli MTB ni pun hanya layan seorang diri aje dan most banyak pi on road sahaja (tak berani offroad sorang-sorang) tapi setelah beberapa lama ada 2,3 orang geng Perodua yang tahu saya berbasikal dan mereka ajak untuk joint dia org walaupun dia orangpun baru jugak tapi semuanya tetap bersemangat dalam jumlah 4 orang kamipun memulakan aktiviti ini dan ini adalah antara team pelopor MTB di Hulu selangor ni, dan banyak juga tempat yang kami teroka dan cari, setelah beberapa tahun ahlipun semakin bertambah dan ada peristiwa kelakar di mana
tiap kali kalu pergi offroad jika org bawa beg dalam beg mereka pasti ada tools dan spare part basikal pasal takut masa dalam hutan nanti jika basikal rosak atau tayar pancit mereka boleh baiki, tapi biasanya dalam beg saya mesti ada parang dan dapur serta pack maggie....kalu dalam hutan lapar...apa lagi bukak dapur masak maggie atau kalu teroka trek baru, kalu tak jumpa jalan apa lagi parang ler di gunakan untuk buat jalan.....hahahah
Offroad dengan geng...makin bertambah dan banyak tempat dah di terokai.....
antara tahun (2003-2007) masuk offroad, banyak tempat yang dah pergi dan masa tu aktiviti ini dah mula berkembang dengan pesatnya di mana-mana kalu hari cuti ramai org yang berbasikal dan mula banyak aktiviti seperti pertandingan, carnival dan jamboree di anjurkan dan sepanjang berbasikal hanya sekali jer joint pertandingan ni rasanya di Ipoh pada 16 july 2006, dia panggil ipoh fellowship ride, dia buat bermula di Tambun resort world masuk ke hutan kinta rasanya, masa tu ramai jugak team Perodua yang joint, saya pergi dengan teman sejati saya biasa ler Anuar Zainal, petang tu sebaik sampai kami naik kereta pi survey tempat pertandingan tu, pehhhh bila pi tengok memang tahap gaban, naik bukit tak ingat.....dalam hati dah kata...mampus kita, balik ke hotel dan esoknya acara bermula, ramai jugak orang dalam 3,4 ratus gak...sebaik di lepas kami kayuh bersantai jer ikut geng tu, bila dah start masuk hutan, kami bypass ikut shortcut (dah survey dulu) elok keluar shortcut, orang yang depan sekali baru sampai, terbuntang mata dia tengok sigendut dan si panjang ada depan dia, awak senyum jer, kayuh punya kayuh sampai urat kentut putus, perut rasa lapar...apa lagi berhenti masak maggie ler...
lepas makan jalan tengok kat depan bukit tinggi berhenti tepi jalan dia dan duduk menyembang, bila org lalu tengok kita org duduk, dia org pun joint juga...last-last dekan 20 org, apa lagi awakpun prove ajak patah balik, masing-masing bagi pendapat, last-last semua 20 org tu patah balik ler....pukul 10.30 dah sampai ...siap makan nasi bryani lagi tunggu geng Perodua, last2 dia org keluar dekat pukul 3.00......
lepas tu tobat itulah kali pertama dan terakhir pi jenis-jenis karnival ni....
Gunung kinabalu yang mengujakan 2006
2007, lepas lama masuk hutan ni, ada rasa macam satu kehilangan.....ya! kepuasan tak ada, bila dari satu lop ke satu lop dan habis kita offroad masing-masing balik rumah....rasa macam tak cukup puas dalam diri...
dan dari situ mula plan nak buat tour, masa tu pengetahuan tentang tour ni kosong, yang tahu cuma nak naik basikal bawa kain baju dan khemah, pi mana-mana lepas tu tidur semalam...itu aje yang terfikir, dari situ mula la set barang untuk tour ni, racking basikal pun puas sendiri, idea macam rack posmen dan nak cari beg macam tu, Nuar siap plan nak tanya posmen mana dapat beg macam tu.
masa buat 1st trip kita orang pi dari batang kali ke Kolam air panas kerling ( untuk tour detail akan di ceritakan kemudian)
lepas balik, rasa satu kepuasan yang tak terhingga, dalam otak terfikir ini yang aku cari..... dan dari situ bermulalah aktiviti bike touring secara agresif.........the END.
dan dari situ mula plan nak buat tour, masa tu pengetahuan tentang tour ni kosong, yang tahu cuma nak naik basikal bawa kain baju dan khemah, pi mana-mana lepas tu tidur semalam...itu aje yang terfikir, dari situ mula la set barang untuk tour ni, racking basikal pun puas sendiri, idea macam rack posmen dan nak cari beg macam tu, Nuar siap plan nak tanya posmen mana dapat beg macam tu.
masa buat 1st trip kita orang pi dari batang kali ke Kolam air panas kerling ( untuk tour detail akan di ceritakan kemudian)
lepas balik, rasa satu kepuasan yang tak terhingga, dalam otak terfikir ini yang aku cari..... dan dari situ bermulalah aktiviti bike touring secara agresif.........the END.
aktiviti ku....hutan, gunung, mancing, trekking,explore.......
Gunung tahan.....kenangan terindah 2002
- Selepas ini...i will story my bike tour journey 2007 -2011.....still continue...
No comments:
Post a Comment