Wednesday, April 13, 2011

why i do bike touring part 1

asalnya....

hampir 10 tahun dulu (1993 -2003), saya melayan dengan aktiviti lasak luar seperti naik gunung, turun gunung, berkayak, jungle trekking, waterfall hunting, memancing, wild orchid hunting dan macam-macam lagi dan bila di akhir-akhir 2003, lutut mula longgar, badan mula berat,stamina mula menurun maka, kena cari satu aktiviti untuk mengembalikan semula stamina yang telah hilang itu dan setelah lama mencari akhirnya saya mendapati berbasikal adalah pilihan yang tepat kerana ianya boleh mengekal dan meningkatkan stamina.

pada masa itu demam berbasikal terutama MTB ni boleh di katakan tak ada langsung, tak ramai masa tu yang melakukan aktiviti ini dan niat masa tu berbasikal hanyalah untuk kekalkan stamina sahaja. pada di hujung-hujung tahun 2003, setelah puas meronda dan mencari basikal ini maka berkenanlah dengan model Kona ni, jadi setelah semua ok, maka 1st mtbpun di belilah di Rodalink bangsar, Model dia Kona Fire Mountain, masa tu mana tahu size dan build upnya just main beli jer.harganya boleh tahan gak dalam RM1600 juga ler.















Masa mula-mula kayuh basikal ni bawak pusing-pusing kat area taman....tak pernah seumur hidup bawak basikal yang ada banyak gear dan dalam waktu petang yang panas lit,lit, baru aje buat 2,3 pusingan dan naik bukit, mula rasa sesak nafas dan apa lagi terus muntah-muntah.....hahahah bumi dah rasa cam berpusing.

banyak pengalaman dan kenangan dengan basikal ni, lepas tu dalam tahun 2004-2007 memang aktif ler berkayuh ni dan aktiviti naik gunung tetap di teruskan sampai ler ari ni cuma dah kurang sangat pasal dah puas naik gunung ni, biasanya berkayuh ni sorang-sorang dan ada masanya dengan geng-geng yang dah mula ramai naik basikal ni.

tempat yang biasa di kunjungi dan terokai seperti :
1. Kuala Kubu
2. estet bukit beruntung
3. jalan dalam bukit sentosa
4. Batang kali
5. Ulu yam
6. Empangan batu dam (best, uphill dan downhill ganas)
7. Trek wajib utk mtb - FRIM kepong
dan banyak lagi ler termasuk juga joint aktiviti karnival atau jamboree mtb ni.

Peralihan....2007

setelah lama main mtb ni redah hutan,tolak bukit, turun bukit redah sungai....saya rasa macam kosong, kenikmatannya hanya di situ dan masa itu sahaja, dan tambah pula jika kita ikut group yang ramai dan semuanya kudrat yang power-power kita ni akan selalu tertinggal di belakang dan ada kes yang tertentu kita ni di biarkan berkayuh sorang-sorang tanpa ada yang tunggu dan setelah habis sampai,kita pack barang-barang dan terus balik, minggu depan kayuh lagi. dia punya kick dan soul rasa macam tak ada dan tak bagi kepuasan.

masa tu dah dalam kepala otak dok berfikir macam mana nak bagi kepuasan seperti rasa naik gunung dulu, feel dia yang tak tergambar dan ianya tetap menjadi kenangan dan ingatan tentang aktiviti kita pada masa yang akan datang, pada suatu hari tu masa nak pergi ke rawang (naik moto) dekat satu bukit tu terlihat sebuah beca yang sarat dengan barang-barang dan ada 2 orang dewasa (lelaki & perempuan) 2 orang kanak-kanak dalam beca itu da apa yang menarik minat dan mengejutkan saya semua orang itu adalah orang putih dan bila mereka berhenti rehat sayapun berhenti dekat mereka (mereka tahan kerana bertanya laluan) mereka nak ke Ipoh dan saya juga bertanya mereka dari mana dan mereka jawap mereka dari England dan dalam perjalanan untuk mengelilingi dunia dengan BECA, terperanjat gila saya mendengar cerita dia, dan dalam hati saya, saya mereka kan, adventure seperti ini yang saya cari.................








No comments:

Post a Comment