Possible ker?, bolehkah,sesuai ker?....... jawapannya memang boleh dan tiada sebarang halanganpun, aku pun hampir 4 tahun menggunakan MTB ni untuk aktiviti tour ni, banyak tempat yang aku jelajah dan pergi dengan satu-satunya basikal yang aku miliki hampir 8 tahun usianya. tapi apa yang penting untuk buat tour ni banyak modifikasi yang perlu di lakukan.
MTB ini kalu ikut sejarahnya di develop oleh Gary Fisher seorang otai designer Basikal dan dari tahun ke tahun makin canggih teknologi yang di perkenalkan dan yang paling terkenal ialah dengan front and rear suspension.
Menggunakan MTB ini sebagai tour bike ada kelebihannyaseperti :
1. Bodynya tahan lasak - sebab memang di bina untuk aktiviti lasak jadi jika ianya di upload
dengan barang yang berat bodynya tidak akan patah atau rosak.
2. Tough - Di sebabkan binaannya yang menggunakan material yang tebal jadi tiada masalahdengan barang yang berat bodynya tidak akan patah atau rosak.
untuk di gunakan di jalan yang rosak teruk atau berlubang.
3. Stabil - Biasanya MTB ini apabila di upload dengan barang yang banyak ianya menjadi lebih
stabil dan tidak mudah membuang terutama semasa menuruni bukit. (Masa turun dari jalan
di Genting Highland memang laju turun speed meter tunjukkan 70km sejam, tapi aku rasa
ianya amat stabil, kalu ler tergolek masa tu....memang naya)
Tapi setiap basikal itu ada juga kelemahannya, begitu juga dengan MTB ini untuk di gunakan sebagai tour bike di antara kelemahan jika menggunakan MTB sebagai tourbike yang aku dapat kesan ialah :
1. Berat - kalau di bandingkan dengan Road bike, memang berat gila tambahan pula jika di upload dengan barang-barang jadi memang berat betul tambahan jika naik bukit, jenuh nak meneran.
2. Design - di sebabkan iannya di gunakan untuk aktiviti lasak jadi, anatomi basikal ini memang untuk jalan lasak, bila di gunakan untuk jalan raya dan dalam jarak yang jauh memang mula-mula sakit belakang, ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri.
3. Front suspension itu ok - tapi kalau untuk di jalan raya memang tak berfungsi langsung tambahan pula memang berat, still fork is the best ler.
4. Kena banyak Modifikasi - kalau nak transform MTB ke tour bike, memang banyak benda yang nak kena ubah,tukar dan tambah, jika tak cukup creative memang susah.
tapi yang paling penting MTB ni jika di gunakan untuk Tour memang perlukan stamina yang tinggi kerana beratnya dan anatominya yang di cipta macam tu boleh menyebabkan belikat anda begitu sakit....................tapi aku sayang MTB aku kerana banyak yang telah kami tempuhi bersama, kini aku ada tourbike yang sebenarnya...hehehe
my and my MTB during tour to Taiping
celah jari kaki tu ada pacat..tapi nape siku yang gatei??
ReplyDelete